...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS

Wednesday, September 29, 2010

PANDAN CHEESECAKE




BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese brand Cheesedale *i guna brand lain je*
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste *i use 2tsp pandan paste*
Sedikit pewarna hijau *i used 1tsp of green coloring*
Beberapa titik esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

1) Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan .

2) Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

3) Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.

4) Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat *kaedah steambaking* (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, KEMUDIAN TURUNKAN SUHU KEPADA 140C dan bakar lagi selama 40min or longer(depending on ur oven). Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...Memang sedap u!!!

Tuesday, September 28, 2010

Delicious Fudge


Yield: 1 servings

1 cup Brown sugar
1 cup Sugar
2/3 cup Milk, condensed
2 Chocolate, unsweetened, squares
2 tbsp. Butter
2 tbsp. Corn syrup
1 tsp. Vanilla
1 cup Nuts, chopped

Cut the chocolate in small pieces and cook with the brown and granulated sugar, the condensed milk and the corn syrup. Stir until the sugar is dissolved. Then cook, stirring occasionally, until the fudge forms a soft ball when dropped in cold water. Remove from the fire, add the butter and let stand until it is cool. Then beat until it begins to lose its glossy appearance. Add the vanilla and the nuts, pour on a greased pan and allow to cool. Cut in squares.

Tuesday, August 31, 2010

SOS MUSHROOM GRAVY (CHICKEN CHOP SOS)

Bahan-Bahan

5 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
2 sudu butter
50g serbuk brown sos(jenama knorr)
1 liter air
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk chicken stok (jenama knorr)
1/2sudu kecil garam
1/2cwn susu segar
3 biji cendawan butang dihiris

Monday, August 23, 2010

Donut (versi-2)

Bahan-bahan

1 bungkus yis Mauripan (11gram)dicampur dengan 1 cawan air
½ kilo tepung gandum
1 ½ camca besar mentega
1 ½ camca besar gula
2 camca besar susu tepung
Secubit tepung penaik
Secubit garam

Cara:
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata.
2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering.
3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras.
5.Rehatkan adunan selama 15 minit.
6.Terap doh menjadi bentuk donut.
7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing.
8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising.

Cadangan Hidangan:
Donut yang telah dimasak boleh juga dicelup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.

COKLAT CHIP RANGUP

Bahan-bahan:-

500 gm tepung gandum

250 gm mentega

200 gm gula halus

4 sudu besar susu segar

250 gm cip coklat

250 gm kismis

250 gm coklat urai

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

½ sudu kecil garam halus

3 sudu kecil esen vanilla

2 biji telur

Cara Menyediakan:

1.Pukul mentega,gula dan esen vanilla sehingga putih.

Masukkan telur,garam dan susu,kacau sehingga sebati

2.Kemudian masukkan cip coklat ,coklat urai,kismis,serbuk penaik,

soda bikarbonat dan tepung gandum,Gaulkan sebati dan rata.

3.Ambil adunan dan bulatkan atau boleh juga disudukan.

4.Kemudian taburkan dengan cip coklat diatasnya.Bakar sehingga garing

pada suhu 175C selama 20 minit.

Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT BERPUASA YERK....



sELaMat mEnYAmbut bULaN rAmaDHaN
semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna
buat kita... dan menghadirkan
keimanan dan ketaqwaan....
amin.....

Tuesday, June 22, 2010

CUCUR DURIAN

Cucur Durian......

150g isi durian
120g tepung gandum
50g gula pasir
1 biji telor
1 sudu teh serbuk penaik
setengah sudu teh soda penaik
secubit garam

Friday, June 18, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE

Resepi ni datang nyer dari rakan FB..
i dah cuba...
alhamdullilah menjadi....
so ni nak kongsi resepi...
sesiapa rakan blog yang nak resepi
MARI SINI KITA MENCUBA.....

BAHAN_BAHAN

2cwn tpg
1cwn serbuk koko
1cwn gula
1cwn myk jgung
1cwn susu pekat
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh baking powder
2 biji telur gred A
sdikit esen vanila
1 cwn air panas

Cara:

1, ayak tepung,serbuk koko, soda n baking powder bersama.ketepikan dulu.
2. dlm bkas lain..pukul telur,gula,susu pekat n minyak.. hingga sebati.masukkan esen.pukul lg..
3. masukkan cmpuran tepung..skit dmi sikit..kacau..sebati..
4. last, masukan air panas...kacau sebati.
5. masuk dlm loyang..tutup dgn aluminium foil...
6. kukus slama 1 jam..(siap kn kukusan awal2)..dh masak..sejukkan dulu..bru tuang topping..

Topping:

1/2 cwn butercup
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn coklat mskan

cairkn smua bhn cara double boiling..kacau ..n tuang je atas kek..

SELAMAT MENCUBA

CHOCOLATE CHIP

Bahan A
150 g buter
150 g gula halus
1 biji kuning telur
sedikit vanila esen

BaHAN B
1 1/2 cwn tpg naik sendiri
1/2 tea spoon serbuk penaik
1/2 tea spoon soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko
1/4 sudu teh garam halus

Bahan C
2 cwn cornflake( sukat baru blend)
1 cwn choco;late chip
1 cwn badam cincang (boleh tukar kcg jenis lain)

Cara:-
1. Pukul bahan A
2. Masuk bahan B yg telah diayak
3. Akhir sekali masuk bahan c.
4. Sudukan dlm loyang. tekan ngan garfu. bakar

Tuesday, June 1, 2010

BETUL KER CARA TU.....

MENIPU MENGATASI MASALAH??????
KADANG-KADANG bila terlalu menjaga hati pasangan...
kita terpaksa menipu...
tak kisah ler teman ker..pasangan hidup ker..
rakan sejawat ker atau pun keluarga
BETUL KER????
tapi ni lah yg selalu berlaku...bila cakap benda yang betul...
jadi salah..bergaduh...bila menipu sebaliknya...
sampai BILA????
kadang2 rasa pelik kenapa manusia tak nak terima kenyataan...
buat untuk diri aku sendiri....renung2 kan lah....

Sunday, May 30, 2010

KEK COKLAT MOIST

KEK COKLAT?????ehmm..pastinya ramai yg suka...kek ni secara realiti nyer laki aku yg buat....
bukan susah,pakai jer tepung segera...tapi tepung ni lain dari yg lain...korang pandai ker x pandai ker gerenti jadi...bukan susah ikut jer caranya...tapi ni bukan bakar tau...kukus jer...mudah kan!!!...tu sebab laki aku bleh buat...mula2 tak caya gak...tapi lama2 dah pakar...siap amik order lagi....kalau korang nak tepung ni tgk kat channel resepi tepi blog aku tu yerk....
JALAN-JALAN CARI MAKAN....


Jumaat 26/5-10-Pagi tu tolong abang pindah umah,dari Kota Damansara ke Equin Park...mak aiiii ingat kan barang sikit..satu lori pun x muat,nasib baik ada pak mentua ngan kete ayah aku...sumbat ler jugak...kitaorg sampai sana dlm kul 12.00,nasib baik anak aku x ikut...ada swimming pool..kalau x tido sana ler jawabnyer...lepas sembahyang jumaat..settlekan pasang katil...almaklum ler kalau harapkan abg aku sorang x terpasang ler katil dia tu....dlm kul 3 kami gerak balik Nilai..sebabnyer aku ada projek ngan mak aku hehehehe....sampai jer...we all tukar penumpang,hahaha...time ni kaum hawa je pegi...kaum adam tinggal...Almost half day we all kuar gi shopping belikan my mum kain kat Nilai 3.... aduhhh... pening tengok... mcm2....kalau ikutkan hati semua nak...lepas satu kedai satu kedai we all masuk....but finally we get what we want....hehehehe..
Lepas jalan perut mula lapar....adik aku tunggu masa jerk aku bagi green light singgah ICE ROOM...
after decide we all makan kat ice room jer...sampai sana it's normally happened...dhaniyah the 1st person take order..."adik nak yg ini...ada strawberry"....ehmmm...pas tu kitaorg plak order.....


Ni ler menu we all petang tu....kalau ikutkan hati lama lagi nak melaypark...tapi apa2 pun ICE ROOM mmg best...

Sunday, May 23, 2010

1/5/10-bALik kAmPung!!!!!


bALIk kAmPunG!!!!!!! hah sekian lama x dpt balik kg diatas sbb yg x dapt dielakkan akhirnya...tiba jua masanyer....ini lah laman mentua ku...kiri kanan kete berbaris....semua ada...almaklum ler cuti LABOUR DAY....tu kolam tu dah ready dah untuk anak2 buah ku termasuk anak aku skali....masa ni kami dok pakat nak wat BBQ....





ni menu tuk BBQ kitaorg....ikan bakar.... ayam...daging...coleslow... ada lagi satu menu...nasi dagang...x sempat nak amik pic...coz masa ni sibuk tgh memerap....yang laki2 duk sibuk tgh sibuk wat bara...kitaorg x amik pic ni coz muka masing2 mcm org baru bgn tido....



ni masa tengah membakar....bau dia....ehmmmmmmm....muahhhh.....



tengok bebudak ni berkubang.....siap leh baring lagi....yg kecik seluar biru tu kalau perhati betul2 rasanya dah tawaf keliling kolam dah.....masuk ni kolam ni adalah kolam yg ke-3.......

mAk AdMitteD...24/3/10

Hermmm....dah lama x update
blog nie.... bz sangat2...
pic ni masa mak kena
admit kat HUKM....
sian dia....
mlm tu dpt call dari ayah...
dia ckp tiba2 jer mak mcm nak kena stroke...
dia rasa kebas kat muka....
pas tu antar mlm tu kat AL -ZAHRA bangi...tapi doktor
x bleh pasti so suruh ayah antar g HUKM...
Kat HUKM doktor pun pelik...dia kata ni bukan stroke maybe sawan...tapi mlm tu aku yang jaga....hanya tuhan jer yg tahu camner mak rasa derita dia...satu mlm dia x dapat tido....setiap 10-15 minit ia akan jadi...aku yg jaga ni pun kesian tgk dia...sepanjang mlm aku berdoa.....esok nya doktor mintak wat MRI coz nak tahu punya mak aku...30/3 MRI dibuat...result dia...ada TUMOR!!!....so kitaorg mintak doktor buat cepat....mak x nak..tapi kitaorg pujuk sebaik yang mungkin...akhir nya mak setuju.....


2/4/10



JUMAAT-Pagi ni mak dibedah.... jam 8.00am aku tiba kat wad...time ni kakak aku pun keletihan coz sepanjang mlm tido x lena...so my turn untuk tunggu mak kat OT room...sepanjang masa aku berzikir...segala2nyer aku tawakal....jam 2.oopm mak keluar dari bilik OT...nasib baik x ICU...mak terus dipindahkan ke normal wad....pic ni 1 jam selepas operation....


Pic ni setelah 3 hari baru buka....

Oooopppssss...sblm terlupa aku nak ucap tima kasih banyak2 kat masjid bangi kerana telah melaksanakan Solat Hajat dan bacaan yassin untuk mak kami sebelum operation....hanya tuhan saje yg dpt membalas kebaikan kalian....wat masa sekarang mak nampak sihat.....semoga Tuhan aku memberi kesihatan yg lebih baik untuk mak....AMINNN........

Thursday, February 4, 2010

APAM BERAS




Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara


Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

CAKOI



Bahan-Bahan

500gm tepung gandum
2 cawan air(kena kurangkan sikit.)
1 camca besar marjerin di masak ( cairkan )
1 camca teh garam halus
3 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 camca teh yis kering
½ camca teh soda bikarnonat ( jika tak pakai pun lagi lembut )
Minyak untuk menggoreng



Cara Membuatnya :


Sediakan satu mangkuk adunan.

Masukkan 2 cawan air, marjerin, gula, susu, garam, kuning telur, yis kering dan soda bikarbonat.

Semua bahan tersebut di kacau hingga larut, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Adunan biar lembut. Uli hingga tidak melekat.

Bulat-bulatkan adunan. Biarkan sehingga ½ jam, tutup dengan tuala.

Ambil adunan dan canai. Kerat-kerat dan ambil lidi basah, tekan dan tindih dan di tarik panjang.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan masak.

Goreng dengan api sederhana.

KEK COKLAT 1 (KUKUS)

Bahan-bahan

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - atau minyak masak
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.

Sunday, January 10, 2010

KEK GULA HANGUS (SARANG SEMUT-KUKUS)




Bahan-bahan ( 5-8 org makan )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula pasir
* 4 biji telur
* 1 cawan air
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 1/2 sudu makan butter
* 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara

1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit.
DIINGATKAN :
Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
7. Pukul hingga rata.
8. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
9. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.


Saturday, January 9, 2010

BUTTERCREAM

BAHAN-BAHAN

¾ cawan butter
1 ½ cawan gula icing
Perasa vanilla

CARA-CARA:-

1. Pukul butter sehingga kembang & ringan

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata

3. Masukkan vanila dan pukul sehingga sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki



BUTTER ICING



BUTTER ICING
(menghasilkan 600g butter icing)

BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki