...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS


Tuesday, August 31, 2010

SOS MUSHROOM GRAVY (CHICKEN CHOP SOS)

Bahan-Bahan

5 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
2 sudu butter
50g serbuk brown sos(jenama knorr)
1 liter air
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk chicken stok (jenama knorr)
1/2sudu kecil garam
1/2cwn susu segar
3 biji cendawan butang dihiris

Monday, August 23, 2010

Donut (versi-2)

Bahan-bahan

1 bungkus yis Mauripan (11gram)dicampur dengan 1 cawan air
½ kilo tepung gandum
1 ½ camca besar mentega
1 ½ camca besar gula
2 camca besar susu tepung
Secubit tepung penaik
Secubit garam

Cara:
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata.
2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering.
3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras.
5.Rehatkan adunan selama 15 minit.
6.Terap doh menjadi bentuk donut.
7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing.
8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising.

Cadangan Hidangan:
Donut yang telah dimasak boleh juga dicelup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.

COKLAT CHIP RANGUP

Bahan-bahan:-

500 gm tepung gandum

250 gm mentega

200 gm gula halus

4 sudu besar susu segar

250 gm cip coklat

250 gm kismis

250 gm coklat urai

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

½ sudu kecil garam halus

3 sudu kecil esen vanilla

2 biji telur

Cara Menyediakan:

1.Pukul mentega,gula dan esen vanilla sehingga putih.

Masukkan telur,garam dan susu,kacau sehingga sebati

2.Kemudian masukkan cip coklat ,coklat urai,kismis,serbuk penaik,

soda bikarbonat dan tepung gandum,Gaulkan sebati dan rata.

3.Ambil adunan dan bulatkan atau boleh juga disudukan.

4.Kemudian taburkan dengan cip coklat diatasnya.Bakar sehingga garing

pada suhu 175C selama 20 minit.

Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT BERPUASA YERK....



sELaMat mEnYAmbut bULaN rAmaDHaN
semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna
buat kita... dan menghadirkan
keimanan dan ketaqwaan....
amin.....