...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS


Thursday, February 4, 2010

KEK COKLAT 1 (KUKUS)

Bahan-bahan

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - atau minyak masak
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.

No comments: