...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS


Thursday, February 4, 2010

APAM BERAS




Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara


Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

CAKOI



Bahan-Bahan

500gm tepung gandum
2 cawan air(kena kurangkan sikit.)
1 camca besar marjerin di masak ( cairkan )
1 camca teh garam halus
3 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 camca teh yis kering
½ camca teh soda bikarnonat ( jika tak pakai pun lagi lembut )
Minyak untuk menggoreng



Cara Membuatnya :


Sediakan satu mangkuk adunan.

Masukkan 2 cawan air, marjerin, gula, susu, garam, kuning telur, yis kering dan soda bikarbonat.

Semua bahan tersebut di kacau hingga larut, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Adunan biar lembut. Uli hingga tidak melekat.

Bulat-bulatkan adunan. Biarkan sehingga ½ jam, tutup dengan tuala.

Ambil adunan dan canai. Kerat-kerat dan ambil lidi basah, tekan dan tindih dan di tarik panjang.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan masak.

Goreng dengan api sederhana.

KEK COKLAT 1 (KUKUS)

Bahan-bahan

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - atau minyak masak
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.