...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS


Monday, August 23, 2010

Donut (versi-2)

Bahan-bahan

1 bungkus yis Mauripan (11gram)dicampur dengan 1 cawan air
½ kilo tepung gandum
1 ½ camca besar mentega
1 ½ camca besar gula
2 camca besar susu tepung
Secubit tepung penaik
Secubit garam

Cara:
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata.
2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering.
3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras.
5.Rehatkan adunan selama 15 minit.
6.Terap doh menjadi bentuk donut.
7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing.
8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising.

Cadangan Hidangan:
Donut yang telah dimasak boleh juga dicelup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.