...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS


Sunday, January 10, 2010

KEK GULA HANGUS (SARANG SEMUT-KUKUS)




Bahan-bahan ( 5-8 org makan )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula pasir
* 4 biji telur
* 1 cawan air
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 1/2 sudu makan butter
* 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara

1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit.
DIINGATKAN :
Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
7. Pukul hingga rata.
8. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
9. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.


Saturday, January 9, 2010

BUTTERCREAM

BAHAN-BAHAN

¾ cawan butter
1 ½ cawan gula icing
Perasa vanilla

CARA-CARA:-

1. Pukul butter sehingga kembang & ringan

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata

3. Masukkan vanila dan pukul sehingga sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki



BUTTER ICING



BUTTER ICING
(menghasilkan 600g butter icing)

BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki


DONUT GEBU...



Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-

1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2.Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3.Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

4.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

5.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7.Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.