...OUR LOVES...

Daisypath Anniversary tickers

FOLLOWERS

Wednesday, September 29, 2010

PANDAN CHEESECAKE




BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese brand Cheesedale *i guna brand lain je*
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste *i use 2tsp pandan paste*
Sedikit pewarna hijau *i used 1tsp of green coloring*
Beberapa titik esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

1) Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan .

2) Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

3) Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.

4) Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat *kaedah steambaking* (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, KEMUDIAN TURUNKAN SUHU KEPADA 140C dan bakar lagi selama 40min or longer(depending on ur oven). Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...Memang sedap u!!!

No comments: